Tuesday, 28 June 2011

Jemputan Kenduri Kahwin Anak Dato' Dr Roslan




Sukacita dimaklumkan bahawa ahli Alumni Blackpool Tech, sahabat kita Y.Bhg. Dato’ Dr Roslan Taha, akan mengadakan kenduri kahwin anak lelaki beliau in 3 months time.

Sehubungan itu, beliau dengan hormatnya ingin mempersilakan semua tuan/puan warga Blackpool Tech Alumni suami/isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan tersebut seperti berikut:

Tarikh    :               24 September 2011 (Sabtu)
Masa       :               8 malam
Tempat  :               Klana Resort, Seremban

Menurut Dato’ Dr Roslan, kad masih belum siap lagi (on the way). Tetapi beliau mohon supaya semua  kita untuk block our diaries. And please also confirm (tentatively) your attendance either through this blog or di Facebook X-Blackpool group.

Datang, jangan tak datang!!

Boleh kita sambung sembang about Blackpool days.

Sekian dimaklumkan.




Sunday, 5 June 2011

Remember Fine Fare?

Saya masih ingat lagi semasa baru sampai di Blackpool dahulu para seniors telah memberi tunjuk ajar on how to survive di negara asing - more specifically, how to live in Blackpool.

Kami beruntung kerana mendapat seniors yang rata-rata sangat baik hati dan prihatin. Roslan, Roshid, Majid, etc. etc. thank you so much.

Kami ditunjuk bagaimana hendak menaiki bas ke College. Di mana untuk membeli pakaian panas, membuka akaun bank di Barclays Bispham, dan yang lebih penting lagi, di mana untuk membeli bekalan makanan.

Untuk membeli makanan, awal-awal lagi saya dan beberapa rakan telah dibawa ke Fine Fare di Talbot Rd. Kenapa Fine Fare? Ini adalah kerana hanya di Fine Fare sahajalah kita boleh membeli beras dalam kampit yang besar-besar untuk memenuhi selera perut Melayu kita.

Selain dari itu, Fine Fare juga menjual pelbagai barang keperluan under one roof dan harganya sangatlah berpatutan. The other reason is of course kerana ia terletak bersebalahan stesen bas di Talbot Road. Easy transportation.

Semasa melawat Blackpool baru-baru ni saya dapati supermarket kesayangan kita tu dah diganti dengan operator lain. Syarikat Fine Fare dengar cerita dah bungkus!

Tetapi satu lagi tempat tumpuan kita untuk membeli barang masak masih lagi berdiri teguh. Malah ianya sekarang lebih cantik dan bersih dari dulu - masih ingat lagi Abingdon St. Market?


The car park above Fine Fare

Fine Fare back then

Gambar terbaru bangunan ex-Fine Fare

Gambar terbaru Abingdon St. Market